ThreeDecemberStory.

Princessッ


Hasliza Binti Abdul Latif Merdeka|DipPharmacy|Hati milik Allah SWT. Selagi Allah SWT ada,aku takkan tercela. 
Ya Allah,let the last words of my life be the Syahadah.
Whatever happens, stay strong!





The Mastermind

Basecode: Lurve
Edit by: Ana
Other:
HATI
In the name of Allah, the Most Gracious, and the Most Merciful


Assalamualaikum. Kembali lagi untu menaip entri, setelah sekian lama tak menaip. Banyak yang ingin diceritakan, tapi tak mampu untuk diluahkan. Pendam selagi boleh. Ermm, amik feel dulu dengar lagu All Of Me. Ececeh. 

Asyik soal hati je kan. Ermm tak kisahlah korang nak cakap ape. Sebab soal hati lah paling paling paling sensitif dalam hidup aku. Bukan aku sorang je, semua orang pasti ade merasakan yang sama. 
Kadang-kadang bosan nak cakap soal hati. Tapi takde sape aku luahkan lagi. Takde sape akan faham. Kekadang sedih. Rasa nak menangis pon ada. Tapi aku rasa, makin dewasa ni makin banyak aku bazirkan airmata ni. Ada orang tak bagi aku sedih, sebab nanti dia pon sedih sama. Hee awak sangat sweet :) 

Kalau cakap soal hati, ramai yang akan bertanya hati aku dah dimiliki ke belum? Jeng jeng jeng. Itu rahsia aku dengan Allah SWT. Ramai yang cakap umur dah .. takkan takde kekasih hati? Soalan yang agak mencabar. Kahkahkah. Malas lah nak jawap. Sebab aku sendiri masih lagi belajar dari segi banyak benda. Banyak aspek. Banyak yang aku silap dulu. So now, masa untuk aku istiqomah. InshaAllah. Tak salah pon kan kalau nak berubah? Memang sukar orang nak terima kita bila kita berubah dengan cara mendadak. Tapi aku cuba. Alhamdulillah dapat family yang always support aku buat ape je, mama selalu bagi nasihat-nasihat yang baik, dan si dia selalu tegur bila aku buat silap. Alhamdulillah, terima kasih semua :)

Macam lari tajuk dah ni. Adess. Okay, kembali pada tajuk balik ye awak-awak sekalian. 
Jika ingin bercerita tentang hati dan perasaan, mungkin aku terlalu mudah menyayangi seseorang sehinggakan aku selalu terluka. Tapi itu dulu. Aku sehinggakan lupa siapa aku, siapa penciptaku. Aku hidup di dunia ini hanyalah sementara, aku belum sepenuhnya mencintai penciptaku. Apabila aku dekat dengan-Nya, aku ditemukan dengan seseorang. Menyayangi seseorang, berkongsi suka duka bersama. Dalam masa yang sama cinta aku terhadap sesorang itu tadi telah melebihi cinta aku kepada-Nya. Kerana kelalalaian itu, DIA menarik nikmat kebahagiaan yang aku baru rasa tadi. Maafkan aku ya Allah. 

Sejak itu aku baru terasa, aku dah jauh pergi, Kini itu hanya sejarah yang tak mungkin akan berulang sekali lagi dalam hidup ku. Dan kini, aku hanya mencari cinta yang kekal dalam diri dan bukan hanya dari nafsu semata-mata. Menerima kekurangan dan kelemahanku sebaik mungkin. Menjagaku dan membimbingku ke arah yang lebih baik. InshaAllah. 

Umur dah cecah angka puluh tak semstinya kahwin awal kan? Hihihi. Gatal pulak. Dahdahdah. Sampai sini jee. Assalamualaikum. 

Rindu Itu Datang Lagi
In the name of Allah, the Most Gracious, and the Most Merciful
Rindu. Rindu bertandang lagi dalam diri ketika aku sunyi. Ia menjadi tetamu ku setiap hari. Rindu itu tidak pernah pergi, sentiasa hangat dalam diri. Ketika wajahnya melintasi di fikiranku, ketika kasih sayangnya membakar perasaan, ketikan ingatan mendatangi kenangan. Wajah ceria ayah mengundang sebak rinduku. Wajah ceria ayah mengundang titis airmataku, menitik dalam kolam ingatan dan menjadikan rindu itu semakin terasa bagai pelukkan darinya dulu. Wajah ceria ayah menyimpan seribu rahsia. Penat lelah ayah tidak pernah berkongsi cerita. Ketabahan seorang ayah tidak mampu aku duga. Hebatnya ayah tetap ceria dalam tabah. Kasihnya ayah hanya bersahaja. Rindukan ayah, menitislah airmataku :'(

Memang berat untukku ungkap, untukku ceritakan segala perasaan yang ade dalam diri terhadap seorang ayah. Seorang ayah yang sentiasa ada, berikan aku semangat, berikan apa sahaja aku mahu, sentiasa buat diriku sentiasa tersenyum walau aku dalam kesedihan, walau apa jua keadaan aku, risaunya ayah jika aku berjauhan, risaunya ayah jika aku ada masalah dan perlu hadapinya seorang diri, ya Allah. Cepatnya masa itu berlalu.

Ayah, sendiriku tak bererti. Semangatmu yang memberanikan ku untuk melangkah. Menyakinkan aku membuat apa sahaja. Ayah, ditanganku ada cita-cita yang nanti bukan untukku sahaja. Ayah, ditanganku ada mimpi yang pasti aku raih. Dengan keteguhanmu ayah, aku bersumpah aku akan menyanyangimu dengan sepenuh hati.
Tenanglah kau disana ayah, AlFatihah.

31hb Ogos 2014 : Genaplah umur arwah ayah yang ke 57tahun. Aku masih lagi tidak menyangka, tahun lepas tahun terakhir aku menyambut hari kelahiran nya yang ke 56tahun. Masa itu ayah terlalu gembira kerana saat itu ramai saudara mara pulang untuk meraikan hari kelahiran beliau. Beliau kuat kan semangat. Senyuman yang tak pernah lekang dari bibirnya buatkan aku masih teringat sehingga kini.

Siapa sangka seorang ayah pergi dengan sekelip mata. Aku tak dapat cium dan peluk dia seerat mungkin. 12hb Disember 2013 perginya seorang ayah bagaikan mimpi dari tidur. Pagi itu terdetik dalam hati aku, aku terlalu risaukan ayah. Jauh disudut hati yang kecil ini, aku hanya mampu berdoa semoga ayah baik-baik sahaja. Habis dari kelas, aku dapat panggilan. Ye aku menangis dalam kelas, badan aku menggigil bila dapat berita tu. Hujan lebat mengiringi langkah ku untuk pulang dari kolej. Aku nak balik Melaka! Tapi apakan daya. Aku tak sempat tengok wajah ayah buat kali terakhir. Apabila aku jejakkan kaki ke rumah, aku berharap ada lagi seorang ayah yang menanti aku pulang dari kolej. Hakikatnya tiada :'( Aku terbayang wajahnya yang duduk atas katil tunggu aku pulang. Memang aku tak kuat waktu itu, aku peluk mama erat. Dan mama berkata ayah dah tiada. Aku masih tercari-cari ayah ketika itu. Benar dia tiada lagi ketika itu :'( Esok pagi aku dibawa ke pusara ayah, menitis airmataku. Tuhan sahaja yang tahu apa perasaan aku. Ayah, walaupun ayah tiada disisi adik, ayah sentiasa dalam hati. Doa adik sentiasa mengiringi ayah, inshaAllah. Amin.

Buat Bakal Imamku
In the name of Allah, the Most Gracious, and the Most Merciful

Assalamualaikum. Hari ni tetiba rajin sangat nak update blog ni haa. Sambil layan lagu yang menusuk jiwa banyak sangat idea melimpah. Mungkin banyak benda yang masih lagi tersimpan dalam hati. Fikiran yang masih lagi mengira waktu dan hari untukku melangkah pergi meraih segenggam kejayaan untukku dan juga kedua ibu bapa ku. Ya Allah, sungguh berat untukku melangkah. Tak pernah aku berpisah sejauh ini dengan keluarga tersayang. Tapi apa kan daya, aku harus pergi. Mungkin itu yang terbaik :') Okay, back to the title. Buat Bakal Imamku. 

Kalau sebut pasal kahwin mesti ramai yang kata nak kan? Malah dalam Islam memang menggalakkan kerana ianya adalah Sunnah Nabi 
Nabi bersabda 'Barang siapa yang membenci akan sunnahku maka dia bukan dalam golonganku' 
MasyaAllah jadi janganlah kita mempersendakan Sunnah Nabi ini


Perkahwinan merupakan saat indah bagi semua orang.
Saat dimana kita dapat cinta yang halal.
Saat dimana datangnya cinta sejati
Cinta yang halal .Tiada batasan
Saat tercipta seribu kenangan

Buat bakal imamku:-
Jika engkau memang ditakdirkan jodoh denganku,
Ku harap kau bimbingla ku ke Jalan Allah,
Ku harap kita dapat bercinta hingga ke Jannah
Aku harap kau akan menjadi imamku sehingga akhir hayatku
Jikalau kau jodohku,
Aku harap kau tabah dengan karenahku,
Aku harap kita dapat jadi pasangan yang diredhai Allah
Aku berharap kita akan jadi Keluarga yang Bahagia
Dapat zuriat yang soleh dan Solehah
Jikalau kita di jodohkan,
Aku harap kau dapat jadi Lelaki yang Soleh
Jangan tinggal solat
Jangan nakal-nakal
Jadilah suami yang soleh dan patuh akan perintah Ayah&ibu
serta Allah SWT

Memang pada ketika ini jauh jarak antara kita. Mungkin segala yang terjadi ada hikmah disebaliknya. Jangan mengeluh, malah kita bersabar. Jarak ini akan terhalang segala perkara yang buruk berlaku antara kita.
Jarak bukan penghalang, andai hati kekal setia dan meletakkan Allah SWT di tempat yang paling atas. -Ukhti Haslinda- 




Raya Datang Lagi
In the name of Allah, the Most Gracious, and the Most Merciful 

Assalamualaikum. Kembali ke alam blogger pada hari ini. Sebab ape? Sebab bosan tak tahu nak buat ape. Nak merawat hati yang terluka. Ceh. Sambil dengar lagu little thing by one direction idea melimpah ruah pulak haa. Raya Datang Lagi? Yeayyy. Tahun ni seperti yang aku cakap, tahun pertama aku berpuasa dan beraya tanpa insan tersayang. Siapa? Dia lah hero aku dunia akhirat.
Memang terasa bila tiada dia. Malam raya dengan takbir bergema, Tuhan je tahu ape perasaan aku. Hanya dapat duduk luar rumah dan meningati segalanya. Aku cuba tahan airmata, tapi akhirnya dia mengalir tanpa henti. Bila nampak mama menangis dan meluahkan perasaan dia malam tu, dia cakap raya tahun nih dia rasa kosong. Mengalir airmatanya. Aku cuba tak mengalirkan airmata waktu tu. Dalam hati siapa tahu? Aku rindu sangat. Hanya doa mengiringimu ayah.

Bila mana pagi raya, aku ziarah kubur arwah ayah, atok, wan dan mak uda. Hati terasa sayu sangat. Aku rindukan mereka. Lebih lagi ayah dan wan. Aku rindukan peluk cium mereka. Kalau aku nangis, ada masalah mereka pemberi semangat. Rindunya tak terkata.

Tahun ni terlalu banyak ujian yang Allah uji kami sekeluarga. Yee kami perlu tabah. Perlu redha dengan segalanya. Biarlah orang bercakap tentang keluarga kami. Mulut orang memang takkan boleh tutupkan. Hanya mampu berdiam dan dengar ape yang mereka perkatakan. Tuhan tu maha adil. What you give, you can get back. Remember that.

Now aku pula bertarung dengan hati dan perasaan yang sentiasa cepat terasa sekarang. Ahh ape semua ni? Benci. Dulu tak pun macam ni. Kadang terasa nak nangis. Tapi aku rasa macam takde guna nak menangis. Aku tahu takkan ada sape akan faham. Yee aku terasa sangat. Makin meningkat dewasa, banyak benda aku hadap seorang diri. Aku dah penat nak jaga hati orang macam dulu. Kadang-kadang bila aku tak jaga hati mereka, dikatanya aku tak ambil peduli. Ya Allah :'( Sungguh berat dugaan kau beri. Bila dah sayang, mesti ada rasa cemburu. Kenapa mesti ada? Tanak perasaan tu. Tapi aku tak boleh elak. Dulu tak cemburu sampai mcm ni. Dulu tak penah emo sampai tahap tak boleh kawal. Now, cepat nak sentap, cepat nak nangis, cepat nak marah tapi tak lepas. Ya Allah. Aku dah tak sanggup dah. Bila aku cerita kat mama, mama hanya cakap sabar. Sabar sampai bila. Sampai bila aku nak macam ni. Aku tak minta harta benda, tak minta semua tu. Aku hanya minta sayangkan aku seikhlas hati. Aku dah tak nak buat perkara sia-sia lagi. Jangan buat aku mengharap. Tolong sangat :'(

Dah tak mampu nak cakap ape-ape. Assalamualaikum.

Soalnya Hati
In the name of Allah, the Most Gracious, and the Most Merciful

Ingin diceritakan tentang hati. Tipulah jika seorang manusia tiada hati untuk rasa kasih, rindu dan sayang. Semua ada keinginan begitu cuma susah untuk dinyatakan dan dilafazkan. Yaa, aku pernah rasa semua itu. Tetapi aku hampir sahaja lalai dengan semua itu. Syukur Tuhan berikan aku petunjuk untuk memilih siapa yang terbaik untukku. Aku hanya mampu berdoa dan terus berdoa. Dengan Allah SWT tempat untukku bergantung.

Ada ketika rakan ku sering bertanya, 'Liza, kau pernah sukakan seseorang tak?'

Lalu aku menjawap, 'Adalah jugak. Tapi dah lama, dah hilang dah pun perasaan itu. Kadang-kadang memang terasa macam ada sesuatu dalam hati, tapi perasaan tu juga buat aku rasa tak sedap hati at the same time. Bila macamtu, aku mampu doa je kat Allah' 

Rakan ku bertanya lagi, kau doa macam mana?

Aku hanya mampu tersenyum ketika itu dan menjawap, 'Ana doalah semoga Allah takdirkan ana dengan jodoh yang terbaik. Kalau dah takdir ana dengan seseorang itu, ana kena terima. Sebab Allah kan sebaik-baik perancang' Hanya itu mampu aku jawap.

Yang dinamakan hati. Memendam perasaan itu dinamakan jihad. Kerana kita sedang memperjuangkan diri kita daripada terjebak dengan dosa. Andai seseorang meluahkan perasaannya terhadap kita dan kemudian kita menerima perasaannya, mengikat sebuah hubungan, membuka hati kita untuk menerima cinta kepada yang tak sepatutnya. Samalah, seperti balang gula-gula yang telah terbuka dari penutupnya.Dan ketika sedang menjalin hubungan tanpa ikatan dengannya, kita sibuk menzahirkan cinta, meluahkan sayang kepadanya, kerana ketika itu, hidup kita hanya untuk membahagiakannya. Ini diibaratkan seperti gula-gula yang terdapat dalam balang itu telah diberikan kepada dia. Lalu, akhirnya dia pergi meninggalkan kita setelah puas mempermainkan kita yang leka dalam cinta. Balang gula-gula itupun yang sudah terbuka penutupnya, hanya tingal sedikit sisa-sisa, beberapa gula-gula. Dan hati kita itu, hanya balang gula-gula yang tinggal sedikit isinya. Adakah hati itu yang bakal kita persembahkan kepada seorang Adam yang bergelar suami, halal keatas kita, dan bakal menghabiskan masanya bersama kita? Suka pada seseorang. Itu namanya fitrah. Kerana itulah, berada di alam remaja merupakan alam yang paling mencabar.
Andainya kita risau, orang yang kita sukai bakal jatuh ke tangan orang lain, ingatlah kita ini siapa. Orang yang disukai itu bukan milik kita sebaliknya milikNya. Layakkah kita merisaukannya. Ingatlah, jodoh itu ketentuan Tuhan, kita hamba tidak perlu bersusah payah memikirkannya. Cinta selepas kahwin itu indah. Kerana apa yang haram untuk dibuat, halal untuk kita lakukan terhadapnya. Simpan diri untuk yang halal. Bila hati diuji kerana fitrah, peganglah pada prinsip: ‘hati itu ibarat balang gula-gula.’

Cinta yang lazimnya ditujukan kepada pemuasan hawa nafsu semata, sebenarnya cinta yang diilhamkan Tuhan untuk haiwan.Al-Farabi


Ayah
In the name of Allah, the Most Gracious, and the Most Merciful


Assalamualaikum. Setelah sekian lama tak bertemu di alam blogger, kini ku kembali. Kembali mencoretkan rahsia dari sudut hati yang kecil ini. Memang sentiasa aku tersenyum? Tapi hati aku tiada siapa mengerti selain Allah SWT. Aku akan terus kuat melayari kehidupan yang penuh dengan onak duri. Semoga aku kuat, tabah dan sabar. InshaAllah. Amin. 

Sehingga hari ini aku masih rindu. Rindu pada siapa? Rindu pada kekasih hati, hero kesayanganku dan dia lah ayah terhebat yang aku pernah ada. Tapi kini, beliau telah kembali ke rahmatullah pada tanggal 12 DISEMBER 2013 - Khamis - 2.05petang. 

Pada masa itu, aku masih lagi berada di kolej dan sedang menghadapi peperiksaan. Aku terkilan pada saat itu, terkilan sebab tak dapat nak peluk cium ayah buat kali yang terakhir. Sungguh aku rindukan dia. Dia la ayah terhebat dalam dunia nih. Ayah yang sentiasa buat aku tersenyum, ayah yang paling tegas, ayah yang tak pernah hilang dengan senyuman, ayah yang sentiasa bekerja keras untuk anak dan isterinya, dia lah segalanya. 6tahun dia perlu menanggung sakit yang dia ada.  Keluar masuk hospital banyak kali. Keluar masuk bilik operation. Keluar masuk ICU. Ya Tuhan, ayah sungguh kuat hatinya. Pernah aku ternampak, ayah menangis dalam diam untuk tahan sakitnya. Tapi aku tak mampu nak buat apa-apa :'( 

Tahun ini, tahun pertama aku berpuasa dan beraya tanpa ayah disisi. Masih ingat lagi dulu, walaupun dia sakit, dia tetap ingin berpuasa. Tak sangka tahun lepas tahun terakhir aku berpuasa dan beraya bersama dia. Ya Allah kuatkan hati aku. Selepas permergiannya diriku berasa kosong. Suaranya masih terngiang2 lagi di telinga memanggilku dengan panggilan adik. Sekarang hanya gambar yang menjadi tatapan ku dan doaku sentiasa mengiringi ayah :'( 

Tiada lelaki yang boleh fahami hati adik selain ayah. Jika dulu adik jatuh, tapi ayah pemberi semangat. Dan kini adik bangkit semula. Alhamdulillah. Adik tahu ayah tengok adik dari jauh kan? Ayah tunggu adik ye. Adik terlalu rindukan ayah. Semoga ayah tenang di sana dan ditempatkan di dalam kalangan orang yang beriman. Amin Ya Rabbal Alamin. 

Ayah. Dalam diamnya seorang ayah. Berjuta kalimat tersembunyi.
Kerana itu sudah menjadi tabiat lelaki
Tak ingin terlihat lemah.
Tetapi,
Di mana cintanya dapat dibaca?
Saat ia menyudut sepi
Leleh air mata itu mengalir
Memikirkan anak-anak dengan segala cerita
Ia takkan pernah membawa duka di matanya
Ia takkan membawa lelah di bahunya
Ia takkan pernah menyerah
Walau bertukar nyawa.
Jika ibu melambangkan kasih,
Maka ayah sang penjaganya.
Jika ibu membimbing dengan kelembutan,
Ayah tampil dengan kewibawaan.
Ketika ibu berasa tak mampu,
Ayah lah yang menepuk bahunya.
Memberikan semangat
Agar bangkit tak menyerah.
Sapaan lembut seorang ibu padamu,
Adalah terjemahan keinginan ayahmu
Agar engkau bahagia selalu.
Seorang ayah
Selalu menempatkan anak dan isterinya atas kepentingannya
Demi puteraputeri dan buah hatinya.
Tetapi
Dimana dirimu wahai anak, saat ayahmu memerlukanmu ?
Bila bahumu tegak dan mengatakan :
" Ayah . Aku bangga sebagai anakmu dan akan kubuktikan padamu untuk menjaga kebanggaanmu kepadaku "
Terima Kasih Ayah. 

Abdul Latif Merdeka bin A. Rahman 
31 Ogos 1957 - 12 Disember 2013