
|
Princessッ
![]() Hasliza Binti Abdul Latif Merdeka|DipPharmacy|Hati milik Allah SWT. Selagi Allah SWT ada,aku takkan tercela. Ya Allah,let the last words of my life be the Syahadah. The Mastermind Basecode: Lurve Edit by: Ana Other: ❖ ❖ ❖ |
Rindu Itu Datang Lagi
In the name of Allah, the Most Gracious, and the Most MercifulRindu. Rindu bertandang lagi dalam diri ketika aku sunyi. Ia menjadi tetamu ku setiap hari. Rindu itu tidak pernah pergi, sentiasa hangat dalam diri. Ketika wajahnya melintasi di fikiranku, ketika kasih sayangnya membakar perasaan, ketikan ingatan mendatangi kenangan. Wajah ceria ayah mengundang sebak rinduku. Wajah ceria ayah mengundang titis airmataku, menitik dalam kolam ingatan dan menjadikan rindu itu semakin terasa bagai pelukkan darinya dulu. Wajah ceria ayah menyimpan seribu rahsia. Penat lelah ayah tidak pernah berkongsi cerita. Ketabahan seorang ayah tidak mampu aku duga. Hebatnya ayah tetap ceria dalam tabah. Kasihnya ayah hanya bersahaja. Rindukan ayah, menitislah airmataku :'( Memang berat untukku ungkap, untukku ceritakan segala perasaan yang ade dalam diri terhadap seorang ayah. Seorang ayah yang sentiasa ada, berikan aku semangat, berikan apa sahaja aku mahu, sentiasa buat diriku sentiasa tersenyum walau aku dalam kesedihan, walau apa jua keadaan aku, risaunya ayah jika aku berjauhan, risaunya ayah jika aku ada masalah dan perlu hadapinya seorang diri, ya Allah. Cepatnya masa itu berlalu. Ayah, sendiriku tak bererti. Semangatmu yang memberanikan ku untuk melangkah. Menyakinkan aku membuat apa sahaja. Ayah, ditanganku ada cita-cita yang nanti bukan untukku sahaja. Ayah, ditanganku ada mimpi yang pasti aku raih. Dengan keteguhanmu ayah, aku bersumpah aku akan menyanyangimu dengan sepenuh hati. Tenanglah kau disana ayah, AlFatihah. 31hb Ogos 2014 : Genaplah umur arwah ayah yang ke 57tahun. Aku masih lagi tidak menyangka, tahun lepas tahun terakhir aku menyambut hari kelahiran nya yang ke 56tahun. Masa itu ayah terlalu gembira kerana saat itu ramai saudara mara pulang untuk meraikan hari kelahiran beliau. Beliau kuat kan semangat. Senyuman yang tak pernah lekang dari bibirnya buatkan aku masih teringat sehingga kini. Siapa sangka seorang ayah pergi dengan sekelip mata. Aku tak dapat cium dan peluk dia seerat mungkin. 12hb Disember 2013 perginya seorang ayah bagaikan mimpi dari tidur. Pagi itu terdetik dalam hati aku, aku terlalu risaukan ayah. Jauh disudut hati yang kecil ini, aku hanya mampu berdoa semoga ayah baik-baik sahaja. Habis dari kelas, aku dapat panggilan. Ye aku menangis dalam kelas, badan aku menggigil bila dapat berita tu. Hujan lebat mengiringi langkah ku untuk pulang dari kolej. Aku nak balik Melaka! Tapi apakan daya. Aku tak sempat tengok wajah ayah buat kali terakhir. Apabila aku jejakkan kaki ke rumah, aku berharap ada lagi seorang ayah yang menanti aku pulang dari kolej. Hakikatnya tiada :'( Aku terbayang wajahnya yang duduk atas katil tunggu aku pulang. Memang aku tak kuat waktu itu, aku peluk mama erat. Dan mama berkata ayah dah tiada. Aku masih tercari-cari ayah ketika itu. Benar dia tiada lagi ketika itu :'( Esok pagi aku dibawa ke pusara ayah, menitis airmataku. Tuhan sahaja yang tahu apa perasaan aku. Ayah, walaupun ayah tiada disisi adik, ayah sentiasa dalam hati. Doa adik sentiasa mengiringi ayah, inshaAllah. Amin. |