
|
Princessッ
![]() Hasliza Binti Abdul Latif Merdeka|DipPharmacy|Hati milik Allah SWT. Selagi Allah SWT ada,aku takkan tercela. Ya Allah,let the last words of my life be the Syahadah. The Mastermind Basecode: Lurve Edit by: Ana Other: ❖ ❖ ❖ |
Ayah
In the name of Allah, the Most Gracious, and the Most Merciful
Assalamualaikum. Setelah sekian lama tak bertemu di alam blogger, kini ku kembali. Kembali mencoretkan rahsia dari sudut hati yang kecil ini. Memang sentiasa aku tersenyum? Tapi hati aku tiada siapa mengerti selain Allah SWT. Aku akan terus kuat melayari kehidupan yang penuh dengan onak duri. Semoga aku kuat, tabah dan sabar. InshaAllah. Amin.
Sehingga hari ini aku masih rindu. Rindu pada siapa? Rindu pada kekasih hati, hero kesayanganku dan dia lah ayah terhebat yang aku pernah ada. Tapi kini, beliau telah kembali ke rahmatullah pada tanggal 12 DISEMBER 2013 - Khamis - 2.05petang.
Pada masa itu, aku masih lagi berada di kolej dan sedang menghadapi peperiksaan. Aku terkilan pada saat itu, terkilan sebab tak dapat nak peluk cium ayah buat kali yang terakhir. Sungguh aku rindukan dia. Dia la ayah terhebat dalam dunia nih. Ayah yang sentiasa buat aku tersenyum, ayah yang paling tegas, ayah yang tak pernah hilang dengan senyuman, ayah yang sentiasa bekerja keras untuk anak dan isterinya, dia lah segalanya. 6tahun dia perlu menanggung sakit yang dia ada. Keluar masuk hospital banyak kali. Keluar masuk bilik operation. Keluar masuk ICU. Ya Tuhan, ayah sungguh kuat hatinya. Pernah aku ternampak, ayah menangis dalam diam untuk tahan sakitnya. Tapi aku tak mampu nak buat apa-apa :'(
Tahun ini, tahun pertama aku berpuasa dan beraya tanpa ayah disisi. Masih ingat lagi dulu, walaupun dia sakit, dia tetap ingin berpuasa. Tak sangka tahun lepas tahun terakhir aku berpuasa dan beraya bersama dia. Ya Allah kuatkan hati aku. Selepas permergiannya diriku berasa kosong. Suaranya masih terngiang2 lagi di telinga memanggilku dengan panggilan adik. Sekarang hanya gambar yang menjadi tatapan ku dan doaku sentiasa mengiringi ayah :'(
Tiada lelaki yang boleh fahami hati adik selain ayah. Jika dulu adik jatuh, tapi ayah pemberi semangat. Dan kini adik bangkit semula. Alhamdulillah. Adik tahu ayah tengok adik dari jauh kan? Ayah tunggu adik ye. Adik terlalu rindukan ayah. Semoga ayah tenang di sana dan ditempatkan di dalam kalangan orang yang beriman. Amin Ya Rabbal Alamin.
Kerana itu sudah menjadi tabiat lelaki Tak ingin terlihat lemah. Tetapi, Di mana cintanya dapat dibaca? Saat ia menyudut sepi Leleh air mata itu mengalir Memikirkan anak-anak dengan segala cerita Ia takkan pernah membawa duka di matanya Ia takkan membawa lelah di bahunya Ia takkan pernah menyerah Walau bertukar nyawa. Jika ibu melambangkan kasih, Maka ayah sang penjaganya. Jika ibu membimbing dengan kelembutan, Ayah tampil dengan kewibawaan. Ketika ibu berasa tak mampu, Ayah lah yang menepuk bahunya. Memberikan semangat Agar bangkit tak menyerah. Sapaan lembut seorang ibu padamu, Adalah terjemahan keinginan ayahmu Agar engkau bahagia selalu. Seorang ayah Selalu menempatkan anak dan isterinya atas kepentingannya Demi puteraputeri dan buah hatinya. Tetapi Dimana dirimu wahai anak, saat ayahmu memerlukanmu ? Bila bahumu tegak dan mengatakan : " Ayah . Aku bangga sebagai anakmu dan akan kubuktikan padamu untuk menjaga kebanggaanmu kepadaku " Terima Kasih Ayah. |